Tune Talk


Ermm... Tune Talk? Sejak akhir-akhir, ramai orang memperkatakan tentang Tune Talk. Mungkin ada antara kita yang sudah tahu secara terperinci, belum pernah dangar ataupun pernah dengar tapi hanya seperti angin lalu di muka sahaja.

Sebenarnya, apa Tune Talk ni...?

Tune Talk sebenarnya salah satu cabang perniagaan Tune Group selain Tune Air (Air Asia), Tune Money, Tune Hotel, Tune Sport, Tune Insurance dan lain-lain. Tune Talk telah dilancarkan secara rasmi pada 19 Ogos 2009 di Hangar 2, KLIA Sepang.

Tune Talk merupakan satu lagi perkhidmatan telekomunikasi pra-bayar mudah alih berdaftar di bawah SKMM (Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia) selain 3 syarikat gergasi tersohor iaitu Celcom, Maxis dan Digi. Tune Talk menggunakan awalan nombor 010 (dulu dikenali/digunakan untuk perkhidmatan ART900: Celcom di zaman Analog).

Tune Talk dipegang oleh Celcom Axiata Berhad dengan saham sebanyak 38%. 35.7% dipegang oleh Tune Venture Sdn. Bhd. dan selebihnya oleh Dato' Seri Kalimullah Masheerul Hassan, Lim Kian Onn, Jason Lo, Gurtaj Singh Padda dan Mark Lankester.

Di dalam 35.7% saham yang dipegang oleh Tune Venture itu terdapat 70% daripadanya di kuasai oleh Tan Sri Anthony Francis Fernandes dan Dato' Kamarudin Meranun.

Tune Talk ini sebenarnya dikenali sebagai MVNO (Pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih) di mana mereka tidak ada lesen frekuensi radio tersendiri, juga tidak ada sebarang infrastruktur sokongan seperti network cabin dan juga stesen pemancar, ia menumpang syarikat telekomunikasi sedia ada dan sebab itu ia dipanggil MVNO (Mobile Virtual Network Operator). Kaedah yang digunakan oleh Tune Talk ini sebenarnya telah lama dipraktikan di United Kingdom di mana ia telah menjadi satu penyedia perkhidmatan telekomunikasi komersial yang berjaya iaitu Virgin Mobile UK yang dilancarkan pada tahun 1999 dan kini mereka telah mempunyai lebih 4 juta pelanggan.

Di Malaysia, ada beberapa lagi syarikat telekomunikasi MVNO selain Tune Talk. Diantaranya Salamfone, XoX Mobile, Altel Communications, RedOne dan sebagainya.

Tune Talk menandatangani perjanjian MVNO dengan Celcom pada Disember 2008 yang dipengerusikan oleh Jason Lo, penyanyi berasal dari Sarawak yang berdarah kacukan Cina dan Irish.

Untuk menggalakkan rakyat Malaysia bertukar ke talian ini, Tune Talk menawarkan beberapa faedah kepada bakal pelanggannya iaitu:

1. Kadar rata yang rendah ke semua rangkaian, tak kira masa tanpa caj tersembunyi

2. PortIn Service - boleh mengekalkan no. lama atau bertukar ke no. baru Tune Talk

3. Dapat point apabila menambah nilai (reload/topup). Point tersebut tiada tarikh luput (expired). Boleh tebus tiket Air Asia, smartphone, tablets, tiket wayang atau tiket konsert

4. Apabila menambah nilai RM50 & ke atas sebulan layak mendapat insurans kemalangan peribadi bernilai RM50,000 daripada Etiqa Takaful.

5. SelfCare Account Access - boleh semak panggilan/sms yang telah dibuat, caj, baki dan pengguna boleh menukar nombor telefon mereka beberapa kali dengan caj hanya RM5 sekali

Tune Talk juga mempelawa jika ada mana-mana syarikat yang ingin menjadi rakan strategik mereka sehinggalah pada 10 Februari 2010, Tone Excel Sdn. Bhd. telah memeterai perjanjian untuk bersama-sama menjadi rakan strategik Tune Talk Sdn. Bhd.

Maklumat Tune Talk di sini: http://www.tunetalk.com/my/Aboutus/corporateprofile

Maklumat Tone Excel di sini: http://www.tonegroup.net:8080/toneexcel/company-profile.php



"Pengendali-pengendali mudah alih di Malaysia membelanjakan beratus juta Ringgit bagi tujuan pengiklanan dan promosi dalam usaha mendapatkan pelanggan. Di Tone Excel kami menggunakan cara pengiklanan yang inovatif di mana kami mendapatkan ahli-ahli komuniti WOW! untuk membuat pengiklanan dari mulut ke mulut. Dengan berbuat demikian kami dapat menjimatkan kos pengiklanan dan akan menggunakan bajet kami untuk terus memberi ganjaran kepada ahli-ahli kami", kata Encik Syed Kamaruzaman Shahabudin, Pengerusi Eksekutif Tone Excel.

"Tune Talk sentiasa berusaha mencari cara dan kaedah baru untuk meninjau peluang-peluang dengan rakan-rakan strategik. Tone Excel memberi ruang dan laluan yang unik kepada kami kepada satu saluran baru dan menarik dan kami mengalu-alukan pembabitan mereka di mana kami menjangka akan menghasilkan satu kejayaan untuk tempoh jangka panjang", kata Jason Lo, Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk.

Dengan terlakarnya sejarah itu, kita sebagai bakal pelanggan Tune Talk dibuka ruang untuk menjadi ahli Tone Excel WOW! Community Referral Programme yang faedahnya sangat hebat untuk dinikmati oleh kita semua.


Yuran keahlian Komuniti WOW! hanya RM98.60 sekali seumur hidup dan ahli akan mendapat:

1. Sekeping kad sim (simcard) Tone Excel yang di dalamnya mengandungi air time sebanyak RM30 dan DATA 1.5GB termasuk semua ciri-ciri 1 hingga 4 seperti disebut di atas

2. Rate panggilan 28 sen/minit dan 12 sen/sms, kedua yang terendah dalam pasaran

One Rate To All Networks

3. Rebet 30% menginap di Tune Hotel

4. Apabila menambah nilai RM80 & ke atas sebulan layak menyertai cabutan bertuah setiap bulan

5. Mendapat ganjaran apabila memperkenalkan simcard Tone Excel kepada rakan-rakan (Member Get Member Reward)

6. Berpeluang menyertai peraduan anjuran syarikat dengan hadiah lumayan

7. Berpeluang mendapat insentif melancong ke luar negara

8. Berpeluang menunaikan umrah. Bagi ahli yang bukan beragama Islam, berpeluang melawat tempat suci bagi agama masing-masing

9. Mendapat passive income yang boleh diwariskan

Dan ramai orang bercerita tentang Tune Talk berkenaan Tone Excel WOW! Community Referral Programme ini. Kenapa ya?

Tahukah anda bahawa syarikat-syarikat telekomunikasi (telco) menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk membuat iklan promosi bagi menjual produk mereka setiap bulan?

Akan tetapi pihak Tune Talk melalui Tone Excel WOW! Community Referral Programme ini tidak mengiklankan produk mereka secara biasa seperti iklan di billboard, radio, surat khabar atau televisyen sebaliknya mereka memperuntukkan bajet untuk iklan tersebut dengan memberikan komisyen kepada setiap ahli Komuniti WOW! yang memperkenalkan (referral) produk mereka kepada rakan-rakan mereka.

Pelan ini berkonsepkan PERKONGSIAN untung antara ahli dan syarikat. Ahli mempromosikan produk simcard Tone Excel ini kepada rakan mereka dan syarikat akan membayar komisyen kepada ahlinya. Ahli cuma perlu tolong PROMOTE!

Hasilnya, ahli akan dapat komisyen sebanyak RM20 sekali untuk seorang rakan yang menggunakan simcard Tone Excel tadi dan setiap kali orang itu menambah nilai (reload/topup), ahli mendapat lagi komisyen sebanyak 6% dari nilai topup orang tersebut. Maknanya jika orang itu topup RM10, ahli mendapat RM0.60 (6% x RM10). 6% ini berterusan selagi mana orang itu menambah nilai talian Tune Talk dia.


Apa yang perlu difahami, ahli Komuniti WOW! tidak menjual topup tapi hanya menjual simcard Tone Excel. Maknanya jika pengguna simcard Tone Excel nak topup, dia tak cari ahli tapi dia boleh pergi Ayamas, 7-Eleven, kedai telefon, stesen minyak, Maybank2u, CimbClicks atau di mana saja ada orang menjual topup Tune Talk. Jadi, ahli tidak perlu servis pelanggannya berkali-kali suruh mereka pergi beli topup. Di sinilah yang menariknya, ahli Komuniti WOW! hanya jual produk sekali tapi untung berkali-kali!

Perkara inilah yang sedang diperkatakan orang ramai di luar sana dan semakin ramai yang menukar simcard sedia ada mereka kepada simcard Tone Excel kerana dengan menjadi ahli Komuniti WOW!, mereka telah mendapat satu punca PENDAPATAN SAMPINGAN (EXTRA INCOME) tanpa menjejaskan pendapatan utama mereka. Saya salah seorang daripada mereka... :-)

Anda boleh mendapatkan simcard Tone Excel daripada saya dengan menghubungi +60107903971. Cara-cara untuk mendaftar sebagai ahli Tone Excel WOW! Community Referral Programme ini pun cukup mudah, hanya guna SMS. Tak perlu laptop dan line internet.

Contoh SMS cara untuk aktif simcard dan kekal no. lama sekali:

Taip AD jarak NAMA PENUH jarak NO. SIRI SIMCARD 8 TERAKHIR jarak NO. PUK SIMCARD jarak NO. IC ATAU NO. PASSPORT jarak ALAMAT jarak POSKOD jarak LINE LAMA jarak NO. LAMA jarak IDP123095

dan hantarkan ke 0147057769

Contohnya:

ad ros binti orkid 80194321 15461301 760732013487 no. 5 kampung keduak 77200 maxis 01212345678 idp123095

(boleh guna huruf kecil atau huruf besar)
_________________________________________________________________

Antara soalan-soalan yang biasa para pelanggan beri kepada ahli Komuniti WOW! sebelum mereka menjadi pengguna simcard Tone Excel:

1. "BISNES MLM NI.. SAYA TAK SUKA MLM LAH.."

Dalam program ini sebenarnya kita cuma mempromosikan atau memperkenalkan barang/produk syarikat dan jika ada pelanggan yang membeli produk dari promosi kita maka pihak syarikat akan memberi kita komisyen atas setiap jualan. Oleh itu program ini di namakan program referral @ affiliate (memperkenalkan). Maka nak kata ini MLM, syarikat Tune Talk didaftarkan di bawah SKMM dan tidak mempunyai lesen AJL (Akta Jualan Langsung) walaupun nature-nya seperti MLM atau network marketing yang tertakluk di bawah AJL. Di Malaysia, ada 4 bidang jika apply lesen AJL pun tak dapat sebab ianya bukan MLM iaitu Insurans / Unit Trust, Real Estate, Internet Software & Telco.

Sistem ini ibarat kita mengambil untung di atas jualan. Umpama kita ditugaskan menjual kueh di premis kita, pembuat kueh menghantar kueh di tempat kita dan kita diberi upah sebanyak 5 sen untuk setiap kueh yang kita tolong jualkan. Inilah namanya PERKONGSIAN UNTUNG. Pembuat kueh tak perlu duduk menunggu pelanggan dan kita tak perlu susah payah buat kueh.

Begitulah juga dengan Tone Excel WOW! Community Referral Programme ini. Syarikat Tune Talk tak perlu berhabis duit mengiklankan produk mereka secara konvensional dan kita sebagai ahli Komuniti WOW! juga tak perlu susah payah membuat produk tetapi para ahli Komuniti WOW! inilah yang mempromosikan produk syarikat kepada pengguna dan keuntungan dibahagi bersama antara syarikat dan ahli. Adil, bukan? Inilah yang membuat saya teruja dengan perniagaan ini. Saya harap anda juga begitu.

Daripada company keluar duit berjuta pasang iklan kat billboard, keluar kat paper satu muka surat penuh, siap masuk tv lagi, lebih baik duit tu beri pada ahli Komuniti WOW! yang suka promote orang ni, saya suka.. saya suka.. huhu. Company telco lain buat iklan dengan cara konvensional mungkin kerana mereka tidak ada tukang promote, biarlah Tune Talk buat marketing dengan cara sebegini, silap-silap mereka ikut pula cara ini.. hehe :-)

2. "BISNES NI MACAM ‘DIRECT SELLING’ JE, KENA CARI ORANG.. SAYA MALASLAH NAK CARI-CARI ORANG.."

Dah namanya bisnes, kenalah 'cari' orang. Memang tak semua orang suka buat ‘direct selling’ sebab nak beri penerangan dan yakinkan orang bukan senang. Tapi sebenarnya inilah perniagaan yang paling mudah dan murah yang boleh kita buat, tukar simcard sahaja. Sebab kalau nak buat bisnes 'tunggu' orang contoh buka sebuah restoran, tahu sajalah berapa modal nak keluar. Buat lesen dengan PBT (Pihak Berkuasa Tempatan), set-up kedai, bil utiliti dan lain-lain kos yang kena keluar. Apa-apa bisnes pun somebody got to sell, somebody got to buy, still kena cari/sharing dengan orang lain jugak. Dalam bisnes ada dua cabang je, tunggu orang atau cari orang. Taknak dua-dua jangan bisnes, hehe.. jangan marah. :-)

Antara kelebihan perniagaan ini ialah;

(1) Anda tidak mempromosikan sesuatu yang ‘orang jarang guna’ tapi anda mempromosi sesuatu produk yang ‘semua orang guna’, maka tugas untuk menjelaskan dan meyakinkan mudah.

(2) Sebenarnya ramai orang tak suka ‘direct selling’ seperti di MLM tu. Ini kerana mereka memang terbeban untuk mencari orang kerana harus cover maintain (komitmen) yang tinggi. Tapi kita di dalam program ini tidak ada sebarang beban untuk cari orang semata-mata untuk cover maintain yang tinggi. Sebab tu, kalau anda lambat dapat pelanggan pun anda tidak terasa terbeban kerana anda tetap menggunakan telefon seperti biasa. Anda topup RM50 sebulan, kumpul point naik Air Asia, insurans dah cover. Bila dapat seorang pelanggan, komisyen terus jalan. Tak perlu nak tunggu pairing ke, matching ke, segala bagai kerana program ini menggunakan referral system. Ada jualan, ada komisyen.

3. "SAYA PAKAI SIMCARD TUNE TALK BIASA RM10 YANG DIJUAL DI KEDAI TELEFON, BOLEH?"

Boleh, anda akan dapat:

(1). Sekeping simcard Tune Talk dan air time sebanyak RM5 di dalamnya

(2). PortIn Service - boleh mengekalkan no. lama atau bertukar ke no. baru Tune Talk

(3). Dapat point apabila menambah nilai (reload/topup). Point tersebut tiada tarikh luput (expired). Boleh tebus tiket Air Asia, smartphone, tablets, tiket wayang atau tiket konsert

(4). Apabila menambah nilai RM50 & ke atas sebulan layak mendapat insurans kemalangan peribadi bernilai RM50,000 daripada Etiqa Takaful

(5). SelfCare Account Access - boleh semak panggilan/sms yang telah dibuat, caj, baki dan pengguna boleh menukar nombor telefon mereka beberapa kali dengan caj hanya RM5

(6). Rebet 30% menginap di Tune Hotel

Tapi anda tidak layak menjadi ahli Tone Excel WOW! Community Referral Programme:

(7). Apabila menambah nilai RM80 & ke atas sebulan layak menyertai cabutan bertuah setiap bulan

(8). Mendapat ganjaran apabila memperkenalkan simcard Tone Excel kepada rakan-rakan (Member Get Member Reward)

(9). Berpeluang menyertai peraduan anjuran syarikat dengan hadiah lumayan

(10). Berpeluang mendapat insentif melancong ke luar negara

(11). Berpeluang menunaikan umrah atau melawat tempat suci bagi agama masing-masing (yang bukan beragama Islam)


(12). Mendapat passive income yang boleh diwariskan

4. "MAHAL LAH RATE TONE EXCEL (RM0.28/minit & RM0.12/sms) NI.."

Sebenarnya dibanding kadar standard (bukan pakej) untuk semua telco, Tone Excel adalah kedua termurah berbanding telco yang lain. Ada antara mereka mengenakan kadar panggilan sehingga RM0.36/minit. Tapi mereka menawarkan tawaran-tawaran pakej panggilan murah seperti rakan20, teman15, kawan10 dan sebagainya, bila rakan lebih ramai melebihi limit, kena caj pula RM2 setiap nombor yang ditambah atau diubah. Dikenakan lagi caj berganda kalau bukan friends atau call insan tersayang di waktu tengahari yang sepatutnya murah kalau call mereja waktu tengah malam. Tapi Tone Excel ini tidak menawarkan panggilan murah sebaliknya Tone Excel menawarkan kepada pengguna peluang perniagaan referral komisyen untuk kita menjana pendapatan!

Update: 28 Mac 2014

Manakah yang lebih berbaloi? Tawaran call murah dan sms free atau tawaran peluang pendapatan wang tunai masuk ke akaun anda 21hb setiap bulan? Anda buatlah pilihan sendiri.

Rate Tone Excel sebenarnya sederhana sahaja. Maknanya ada telco lain yang ratenya lebih mahal dari Tone Excel, ada yang lebih murah juga. Telco ni dari masa ke semasa akan fight each other untuk jadi paling kompetitif murah. Jadi, ada masa-masa tertentu telco U lebih murah dari yang lain, masa yang lain pula telco D, lain masa M, kadang-kadang C, begitulah pusing-pusing. So, at one time mesti ada mana-mana telco yang ratenya lebih murah dari Tone Excel.

Sekali imbas baca brochure telco lain nampak macam rate mereka murah tapi jika diteliti hingga habis baca di bawah, didapati ada star *, **, *** iaitu Terma & Syarat untuk dapat rate murah tu.

Contoh nak dapat rate murah:
i. kena topup certain amount
ii. kena call orang tertentu
iii. kena call waktu tertentu
iv. kena call/sms sesama telco

So, sebenarnya telco lain tu taklah ratenya murah seperti yang disangka. Rate Tone Excel pula tak berubah-ubah, tetap sederhana dalam apa jua keadaan, call bukan friends ka, call waktu tengahari ka, sama sahaja ratenya. Tak perlu terkejar-kejar rate murah.

Lagi pun diskaun rate murah tu hanya gimik untuk anda lebih banyak bercakap, akhirnya anda pun lebih banyak juga keluar duit, cuba fikirkan. Anda nak jimat atau nak untung? :-)

Sebab itu, Tone Excel tidak menawarkan rate murah tapi lebih fokus menawarkan/mengajak anda membuat satu extra income yang amat mudah & santai.

5. “LECEHLAH NAK TUKAR NOMBOR BARU..”

Untuk menyertai program ini, pihak Tune Talk telah menyediakan sistem Mobile Port-In Service di mana anda boleh mengekalkan nombor telefon anda yang lama. Pengguna postpaid (pasca bayar) juga boleh menggunakan perkhidmatan ini setelah semua bil tertunggak telah dijelaskan. Jadi, anda tak perlu pakai 2-3 nombor sehingga memaksa guna handphone 3 simcard.

6. “UNTUNG KECIK LAH.. LAMBAT KAYA. SAYA SUKA JUAL PRODUK YANG UNTUNGNYA BESAR, CEPAT SIKIT KAYA..”

Lambat tapi selamat, buatlah perniagaan ini dengan kesabaran dan santai dan tak perlu tekanan. Bukan senang nak senang, tapi bukan susah nak susah. Ini bukan 'skim cepat papa' tapi bisnes sampingan yang boleh mengubah hidup anda. Jangan lokek nak buka mulut, itu sahaja modal kita. Ceritakan kepada orang yang kita jumpa. Promote! Promote! Promote!

Lagipun, itu memang kerja kita hari-hari. Kita jumpa tempat makan yang sedap, kita promote, dapat pakai kasut yang tahan lama, kita promote, beli gajet terkini yang canggih, kita pun duk promote lagi, syarikat berkenaan tak bagi apa-apa pun kepada kita. :-P

Jadi, lebih baik kita promote barang dari syarikat yang boleh bagi kita komisyen sebagai tanda terima kasih mereka pada kita.
_________________________________________________________________

Ada juga soalan yang susah untuk ahli Komuniti WOW! jawab contohnya,
"BERAPA LAMA TONE EXCEL NI AKAN BERTAHAN & BAGI KITA KOMISYEN.."

Setakat ini sejak dari 2010, tidak pernah lagi Tone Excel missed bayar komisyen kepada ahli-ahlinya. Kadang-kadang kita lihat company yang gah di mata dunia boleh tersungkur keesokan hari tapi company lain yang hidup segan mati tak mahu, tak tutup-tutup sampai sekarang.

Bab berapa lama ni, hanya Allah sahaja yang tahu. Umur kita sendiri pun kita tak tahu berapa lama. Apa yang boleh kita harap, company tidak tutup selagi kita hidup.

Kalau anda mempunyai soalan lain, anda boleh hubungi saya di +60107903971 atau emel ke zhan.ameen@gmail.com.

In Shaa Allah, saya akan cuba jawab mengikut pengetahuan saya. Harap anda janganlah bagi soalan yang pelik-pelik ye..



Dengan itu, bertukarlah ke line Tune Talk dan jadilah ahli Komuniti WOW! sekarang juga untuk menikmati kelebihan-kelebihan yang disediakan. Sebagai tambahan, anda tidak perlu khuatir dengan liputannya (coverage) kerana ia menggunakan prasarana Celcom. Jadi, di mana coverage Celcom tersedia, di situ juga coverage Tune Talk ada, ia cukup luas.

Untuk mendapatkan simcard Tone Excel dan cara mendaftar dengan terperinci, anda boleh klik di sini.

Coretan ini ikhlas daripada:
Aizan Basok Amin
+60107903971