Minyak Buah Keras


Buah Keras juga dikenali sebagai Kemiri di Indonesia ialah salah satu spesies tumbuhan dalam keluarga Euphorbiaceae. Nama saintifiknya Aleurites Moluccana.

Taburan aslinya tidak dapat ditentukan dengan tepat kerana pokok ini awal-awal lagi telah disebarkan oleh manusia. Pokok ini kini ditemukan secara meluas di kawasan-kawasan tropika.

Ramai tidak tahu bahawa buah keras adalah satu spesis dengan ubi kayu, mungkin kerana jarang orang yang pernah melihat pokok buah keras. Orang dulu-dulu mengambil buah keras untuk dijadikan sebagai bahan masakan untuk melazatkan makanan. Namun, sebenarnya mereka juga menggunakan buah keras untuk keperluan lain. Contohnya buah keras amat berkhasiat untuk menyubur dan melebatkan rambut.

Buah Keras mengandungi saponin, falvonoida, polyphenol serta zat pemakanan mikro seperti protein, lemak, dan karbohidrat. Buah Keras juga mempunyai kandungan mineral seperti kalium, fosforus, magnesium, dan kalsium. Selain itu, kandungan lain yang amat memberi manfaat adalah vitamin A, vitamin B1, folate serta phytosterols yang boleh menghalang pembentukan kolesterol. Proteinnya berupa asid amino essenstial dan asid amino bukan essenstial berfungsi untuk pertumbuhan dan membentuk protein dan antibodi.

Seperti yang sudah dibincangkan sebelum ini, buah keras bukan hanya bermanfaat sebagai bahan masakan di dapur untuk melazatkan masakan tetapi juga berkhasiat sebagai ubat tradisional untuk mengatasi pelbagai masalah kesihatan. Berikut antara beberapa manfaat buah keras:

1. merawat kulat mulut
2. mengubati sakit gigi
3. merawat cirit-birit
4. mengatasi masalah susah tidur (Insomnia)
5. mengubati masalah sembelit
6. merawat bisa gigitan serangga
7. meengubati berak berdarah
8. sebagai minyak buang angin
9. mengubati demam


Selain bermanfaat bagi kesihatan, buah keras juga bermanfaat untuk kecantikan terutama yang berkaitan dengan rambut. Sudah sejak zaman dahulu kala nenek moyang kita menggunakan buah keras yang diambil minyaknya untuk kesihatan rambut. Ada banyak cara dalam mengambil minyak dari biji buah keras samada dengan cara merebus atau digoreng tanpa minyak. Antara khasiat minyak buah keras pada rambut adalah:

1. menyuburkan rambut
2. mengatasi rambut gugur
3. menumbuhkan rambut
4. menghitamkan Rambut
5. menghilangkan kelemumur

Selain bermanfaat untuk rambut, minyak buah keras juga berkhasiat untuk dunia kecantikan. Diantaranya untuk menjaga kecantikan kulit, melebatkan kening dan bulu mata termasuk misai serta janggut juga.