Kelebihan E-Dagang


Ramai diantara pengguna mahupun peniaga bertanyakan apakah sebenarnya kelebihan menggunakan e-dagang ini? Di sini, terdapat beberapa kelebihan e-dagang yang dapat dikupas secara ringkas. E-dagang sememangnya dapat membantu perniaga dan usahawan-usahawan tempatan meningkatkan pendedahan bisnes mereka dan secara tidak langsungnya menigkatkan hasil jualan produk dan perkhidmatan.

1) Menggantikan konsep manual
Ya, konsep yang dahulunya memerlukan pelanggan datang ke kedai dan mengisi borang untuk membeli barang, boleh di minimumkan dengan hanya sekali click di internet tanpa membuang masa dan tenaga.

2) Pemasaran yang luas
Pengguna internet yang semakin hari semakin ramai berupaya untuk mencapai jumlah pengguna melebihi 60 juta dalam masa yang singkat. Hanya dengan menggunakan komputer dan internet access sahaja peniaga dapat menjelajah di dunia perniagaan tanpa sempadan.

3) Mengikut peredaran teknologi semasa
Kebanyakan pengguna kini menginginkan sesuatu yang cepat walaupun barangan tersebut sukar dicari. Salah satu cara mereka ialah dengan mencari barangan di internet dan melakukan pembayaran terus secara online.

4) Membantu pengguna mendapatkan barangan yang sukar dicari
Kemungkinan sesuatu barang seperti ubat-ubatan atau barangan antik dari luar negara sukar diperoleh di dalam negeri. Tetapi, sekiranya menggunakan khidmat e-dagang segala-galanya boleh didapati dengan begitu senang.

5) Membantu institusi lain untuk menjana pendapatan
Kemunculan pihak-pihak ketiga didalam e-dagang seperti syarikat-syarikat kewangan iPay88, Paypal dan sebagainya membantu mereka menjana pendapatan dengan memberikan khidmat transaksi terbaik kepada pelanggan.

6) Cepat dan mudah
Membolehkan penjual menjual barangan mereka serta merta dengan menembusi pasaran global secara cepat dan mudah. Hal ini kerana produk yang dipaparkan di internet adalah 24 jam sehari dan 7 hari seminggu tanpa sekatan.

7) Mengurangkan kos
Kos pembelian dapat diminimumkan. Pembeli boleh terus membeli daripada penjual atau pengeluar tanpa perlu membayar kos komisen kepada agen. Pembeli juga tidak perlu bersusah payah menghabiskan duit minyak untuk mendapatkan barangan tersebut.

8) Keuntungan yang optimum
Pasaran yang lebih luas iaitu melebihi 60 juta boleh menghapuskan golongan pertengahan dalam dunia perniagaan seperti agen dan sebagainya.

9) Modal yang rendah
Tidak memerlukan modal perniagaan yang tinggi seperti peniagaan offline, apa yang penting adalah idea, sebuah laman web dan internet. Modal yang diperlukan juga adalah rendah.

10) Waktu bekerja yang flaksibel
Jika sudah bekerja tetapi inginkan pendapatan sampingan, maka perniagaan e-dagang adalah cara yang terbaik. Ini kerana melalui perniagaan secara online peniaga tidak memerlukan 8 jam sehari dan 5 hari seminggu untuk ke tempat kerja. Tambahan, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa yang disukai dan selesa.

11) Bekerja dimana-mana
Di mana ada laptop, di situlahlah ruang pejabat. Tidak kira sama ada di rumah atau di tempat-tempat awam seperti di dataran, restoran dan sebagainya asalkan selesa untuk melakukan kerja, segalanya boleh dilakukan. Secara tidak langsung dapat menjimatkan masa selama 2jam setiap hari iaitu masa yang diambil untuk ke tempat kerja. Malahan, sekiranya bekerja di rumah penggunaan minyak kereta juga dapat dijimatkan.

12) Perniagaan Automatik
Anda tidak perlu sentiasa ada di depan laptop kerana perniagaan internet boleh di automasikan.

13) Menceburi lebih dari satu perniagaan
Memandangkan modal untuk memulakan perniagaan di internet jauh lebih murah berbanding berniaga secara offline maka ini membuka peluang yang lebih kepada usahawan untuk mempelbagaikan perniagaan lebih dari satu jenis.

Sumber: sellonline.my