Minyak Kayu Putih


Minyak kayu putih (cajuput oil) merupakan salah satu jenis minyak pati yang dihasilkan daripada proses penyulingan daun dan ranting dari pohon kayu putih (melaleuca leucadendra). Pokok kayu putih ini banyak tumbuh terutama di wilayah timur Indonesia dan utara Australia. Sesuai dengan namanya, pokok kayu putih memang mempunyai batang yang berwarna putih, boleh dikupas seperti buih yang berlapis-lapis, mempunyai daun yang berukuran kecil-kecil serta mudah menguap jika terkena panas. Baunya yang unik membuatkan ia disukai ramai orang namun ada juga sebahagian orang tidak menyukainya.

Hampir semua orang mengenali minyak kayu putih dan memanfaatkannya sebagai ubat tradisional untuk menghangatkan tubuh terutama untuk bayi dan kanak-kanak. Boleh juga digunakan untuk meredakan perut kembung, gatal-gatal akibat gigitan serangga dan juga mengatasi kekejangan otot.


Berikut adalah beberapa manfaat lain dari minyak kayu putih yang perlu untuk diketahui:

Menyembuhkan penyakit kulit
Minyak kayu putih dikenali sebagai minyak pati yang mempunyai sifat antiseptik dan antibakteria sehingga dapat digunakan sebagai ubat untuk menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti luka lecet pada permukaan kulit atau juga kerana jangkitan. Hal itu kerana minyak kayu putih terbukti dapat menenangkan kulit dan mampu mencegah datangnya virus, bakteria serta kulat. Minyak kayu putih juga boleh merawat luka yang bernanah karena mempunyai sifat *antimikrob yang baik. Minyak kayu putih juga sering digunakan sebagai bahan campuran untuk membuat sabun, deodoran, losyen, minyak wangi, ubat gigi, dan pelbagai produk kesihatan yang lain.

Aromaterapi dan kelonggaran tubuh
Minyak kayu putih mempunyai aroma yang unik sehingga dapat digunakan sebagai ubat *analgesik yang semulajadi. Cuba berendam dalam air hangat yang telah diberi beberapa titisan minyak kayu putih. Selain dapat mengurangkan sakit akibat sakit sendi, aromanya juga mampu menghilangkan tekanan dan dapat membuat tubuh dan fikiran menjadi lebih rileks.

Penjagaan kulit
Minyak kayu putih boleh dijadikan sebagai bahan untuk mengurut atau boleh juga dicampurkan pada krim yang biasa digunakan untuk badan. Jika selalu dilakukan dapat membuat kulit tubuh menjadi halus dan lembut dan dapat mengkaburkan bekas luka pada kulit.

Meredakan pening dan sakit kepala
Sakit kepala yang menyerang tentunya akan membuat aktiviti terganggu dan rasa tidak selesa. Dengan sapuan beberapa titis minyak kayu putih pada bahagian kepala yang sakit dapat membantu meredakan pening dan sakit kepala yang mengganggu.

Merawat selesema dan hidung tersumbat
Selain menggunakan inhaler, selesema dan hidung tersumbat juga dapat diatasi dengan cara menghidu aroma minyak kayu putih. Aroma dari minyak kayu putih ini akan membantu melegakan hidung yang tersumbat.

Menghilangkan mabuk perjalanan
Sapukan minyak kayu putih pada perut dan hidu aromanya, ini dapat menghilangkan mabuk perjalanan sehingga perjalanan menjadi seronok dan tidak terganggu.

Merawat batuk
Campurkan beberapa titis minyak kayu putih dengan segelas air suam lalu gunakan air tersebut untuk berkumur. Ini dapat mengurangkan batuk dan tekak juga menjadi lega.

Bahan pembasmi kuman
Minyak kayu putih yang dicampur dengan air boleh digunakan sebagai bahan pembasmi kuman tubuh badan seisi keluarga yang berkesan.

Peredaran Darah
Minyak kayu putih merupakan perangsang yang baik yang dapat membantu meningkatkan peredaran darah dengan cara meningkatkan aktiviti jantung.

Itulah diantara beberapa manfaat minyak kayu putih. Jadi tidak ada salahnya untuk selalu menyediakan minyak kayu putih di rumah dan selalu membawanya semasa dalam perjalanan.

*anti-microb - ejen yang membunuh mikroorganisma atau menghalang pertumbuhannya.

*analgesik - istilah yang digunakan untuk mewakili kumpulan dadah yang digunakan sebagai penahan sakit.