Dr. Gary Miller


Dr. Gary Miller merupakan seorang pendakwah yang sangat aktif dan sangat berpengetahuan tentang kitab Bibble. Dia mempunyai pengetahuan akan ilmu matematik yang bagus, itulah sebabnya dia suka berfikiran logik.

Pada suatu hari, beliau memutuskan untuk membaca al-Quran untuk cuba mencari apa-apa kesilapan yang boleh dijadikan sebab untuk mengajak umat Islam untuk menukar keimanan kepada agama Kristian. Beliau menyangka Al-Quran adalah sebuah kitab lama yang ditulis 14 abad yang lalu, sebuah kitab yang bercakap tentang padang pasir sahaja. Akhirnya, setelah membaca satu demi satu helaian al-Quran, beliau kagum dengan apa yang beliau temui.

Dr. Gary Miller merumuskan bahawa Al-Quran ini mempunyai sesuatu apa yang kitab-kitab lain tidak ada. Beliau cuba mencari kisah kesukaran atau detik kesedihan Nabi Muhammad (S.A.W) seperti kematian Khadijah (isteri baginda) atau kematian anak-anak baginda. Walau bagaimanapun, beliau tidak menjumpai apa-apa seperti itu dan apa yang membuat Dr. Gary lebih keliru adalah dia menemui surah di dalam Al-Quran yang dinamakan Mary (Surah Al-Maryam) yang mengandungi banyak cerita berkenaan dengan Maryam yang tidak ada walaupun di dalam Kitab yang ditulis oleh orang Kristian atau di dalam Bible. Beliau juga tidak menjumpai nama surah sempena nama anak nabi seperti Al-Fatimah atau sempena nama isteri nabi seperti Al-Aishah.

Beliau juga mendapati bahawa nama Isa (A.S) juga telah disebut di dalam Al-Quran sebanyak 25 kali manakala nama Muhammad (S.A.W) hanya disebut sebanyak 4 kali sahaja dan ini membuat Dr.Gary menjadi lebih keliru. Dia mula membaca Al-Quran dengan lebih teliti dengan harapan untuk mencari kesilapan tetapi dia terkejut apabila dia membaca ayat ke 82 dalam Surah An-Nisa' (The Women) yang bermaksud:

“...Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya...”

"...Then do they not reflect upon the Qur'an? If it had been from [any] other than Allah, they would have found within it much contradiction..."

(Surah An-Nisa': 82)

Dr. Miller berkata tentang ayat ini:
"Salah satu prinsip saintifik yang terbaik adalah prinsip mencari kesilapan atau mencari kesilapan di dalam teori sehingga ia terbukti benar (Ujian Pemalsuan). Apa yang menakjubkan ialah Al-Quran meminta orang Islam dan bukan Islam untuk cuba mencari kesalahan dalam kitab ini dan Ia memberitahu mereka bahawa mereka tidak akan menjumpai kesilapannya di mana-mana".

Beliau juga berkata tentang ayat ini:
"Tidak ada penulis di dunia mempunyai keberanian untuk menulis buku dan mengatakan bahawa ia adalah sifar dari kesilapan tetapi Al-Quran sebaliknya memberitahu kita semua bahawa Ia tidak mempunyai kesalahan dan meminta kita untuk cuba mencari dan pasti kita tidak akan menjumpainya”.

Satu lagi ayat yang ditunjukkan untuk masa yang lalu adalah ayat 30 dalam Surah Al-Anbiya' (The Prophets):

"...Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?..."

"...Have those who disbelieved not considered that the heavens and the earth were a joined entity, and We separated them and made from water every living thing? Then will they not believe?..."

(Surah Al-Anbiya': 30)

Dia berkata: "Ayat ini merupakan teras utama penyelidikan saintifik yang memenangi Hadiah Noble pada tahun 1973 mengenai teori "Great Explosions". Menurut teori ini, alam semesta adalah hasil daripada suatu letupan yang besar yang membawa kepada pembentukan alam semesta yang mempunyai langit dan planet-planet."

Dr Miller berkata: "Sekarang kita sampai kepada apa yang menakjubkan tentang Nabi Muhammad (S.A.W) dan ura-ura mengenai sang syaitan membantunya dalam menghasilkan Al-Quran". Allah S.W.T berfirman di dalam Surah Ash-Shu’ara' (The Poets):

"...Dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh Syaitan-syaitan. Dan tidak layak bagi Syaitan-syaitan itu berbuat demikian, dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya. Sesungguhnya mereka dihalang sama sekali daripada mendengar wahyu yang dibawa oleh Malaikat..."

"...And the devils have not brought the revelation down. It is not allowable for them, nor would they be able. Indeed they, from [its] hearing, are removed..."

(Surah Ash-Shu’ara': 210-212)

"...Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau (terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam..."

"...So when you recite the Qur'an, [first] seek refuge in Allah from Satan, the expelled [from His mercy]..."

(Surah An-Nahl: 98)

"Tidakkah anda melihat? Adakah ini caranya syaitan menulis sesebuah kitab? Bagaimana syaitan boleh menulis Al-Quran kemudian Muhammad memberitahu umatnya agar meminta kepada Tuhan untuk perlindungan dari syaitan sebelum membaca Al Quran seperti yang terdapat di dalam  surah An-Nahl (The Bee) tersebut? Ini adalah ayat-ayat ajaib dalam kitab yang ajaib dan ia mempunyai jawapan yang logik untuk orang-orang yang berfikir secara sambil lewa bahawa Al-Quran adalah dari syaitan!"

Dan diantara cerita-cerita yang membuatkan Dr. Miller kagum adalah kisah Nabi Muhammad(S.A.W) dengan Abu Lahab. Dr. Miller berkata:

"Dia (Abu Lahab) yang sangat benci Islam akan pergi kepada Nabi di mana sahaja Baginda pergi untuk memalukan baginda. Jika dia melihat Nabi bercakap dengan orang yang tidak dikenali, dia akan menunggu sehingga baginda selesai dan kemudian bertanya kepada mereka: Apa yang Muhammad beritahu anda? Jika Muhammad berkata ia putih sebenarnya ia adalah hitam dan jika Muhammad berkata ia malam sebenarnya ia adalah siang. Abu Lahab berbuat begitu untuk memalsukan semua apa yang Nabi kata dan untuk membuat orang curiga kepada baginda. Dan 10 tahun sebelum kematian Abu Lahab, sebuah surah telah diturunkan kepada Nabi yang dinamakan Surah Al-Masad (The Flame). Surah ini menceritakan bahawa Abu Lahab akan masuk neraka, dalam erti kata lain Ia mengatakan bahawa Abu Lahab tidak akan memeluk agama Islam.

Selama 10 tahun, sebenarnya Abu Lahab boleh berkata: "Muhammad mengatakan bahawa saya tidak akan menjadi seorang Muslim dan saya akan pergi ke neraka, tetapi saya memberitahu anda sekarang bahawa saya mahu menukar kepada Islam dan menjadi seorang Muslim. Apa yang anda fikir mengenai Muhammad ini? Adakah dia mengatakan kebenaran atau tidak? Adakah surah ini datang dari Allah?".

Tetapi Abu Lahab tidak berbuat demikian (memeluk Islam) walaupun dia mengingkari Nabi di dalam semua perkara, tetapi tidak dalam perkara ini (Abu Lahab tidak menjadi seorang Muslim di dalam Surah Al-Masad). Dalam erti kata lain, baginda telah memberi Abu Lahab peluang untuk membuktikan baginda salah! Tetapi Abu Lahab tidak melakukan apa-apa sepanjang 10 tahun!

Dia tidak memeluk agama Islam dan tidak juga berpura-pura menjadi seorang Muslim. Sepanjang 10 tahun, dia mempunyai peluang untuk menghancurkan Islam dalam satu minit. Tetapi ini tidak berlaku kerana Al-Quran bukanlah kata-kata Muhammad (S.A.W), tetapi kata-kata Tuhan yang Maha Mengetahui apa yang tersembunyi dan Maha Mengetahui bahawa Abu Lahab tidak akan menjadi seorang Muslim".

"...Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama. Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang. Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal..."

"...May the hands of Abu Lahab be ruined, and ruined is he. His wealth will not avail him or that which he gained. He will [enter to] burn in a Fire of [blazing] flame. And his wife [as well] - the carrier of firewood. Around her neck is a rope of [twisted] fiber..."

(Surah Al-Masad: 1-5)

Dr. Miller berkata tentang ayat yang membuatkan dia kagum kepada Al-Quran:
“Salah satu keajaiban dalam Al-Quran adalah sesuatu yang mencabar masa depan dengan perkara-perkara yang manusia tidak boleh ramalkan dan "Ujian Pemalsuan" digunakan, ujian ini terdiri daripada mencari kesilapan sehingga perkara yang sedang diuji terbukti betul. Sebagai contoh, mari kita lihat apa kata Al-Quran mengenai hubungan antara orang Islam dan Yahudi. Al-Quran mengatakan bahawa orang Yahudi adalah musuh utama bagi umat Islam dan ini adalah benar. Sehingga kini, musuh utama umat Islam adalah orang-orang Yahudi".

Dr. Miller meneruskan:
“Ini dianggap satu cabaran yang besar kerana orang-orang Yahudi mempunyai peluang untuk merosakkan Islam hanya dengan bergaul dengan orang Islam dengan cara yang mesra untuk beberapa tahun dan kemudian berkata: Di sini kita bergaul dengan anda sebagai kawan dan Al-Quran mengatakan bahawa kita adalah musuh, Al-Quran ini salah! Tetapi ini tidak berlaku sehingga kini dan ia tidak akan berlaku kerana ini adalah firman dari Tuhan Yang Maha Esa dan Maha Mengetahui, bukannya kata-kata dari manusia".

Dr. Miller meneruskan:
“Bolehkah anda melihat bagaimana ayat yang menceritakan akan permusuhan antara orang Islam dan orang Yahudi merupakan satu cabaran kepada minda manusia?”

"...Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani” yang demikian itu disebabkan ada di antara mereka pendeta-pendeta dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong..."

"...You will surely find the most intense of the people in animosity toward the believers [to be] the Jews and those who associate others with Allah; and you will find the nearest of them in affection to the believers those who say, "We are Christians." That is because among them are priests and monks and because they are not arrogant..."

(Surah Al-Ma'idah: 82)

"...Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad S.A.W), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad S.A.W)..."

"...And when they hear what has been revealed to the Messenger, you see their eyes overflowing with tears because of what they have recognized of the truth. They say, "Our Lord, we have believed, so register us among the witnesses..."

(Surah Al-Ma'idah: 83)

"...Dan tidak ada sebab bagi kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran (Al-Quran) yang sampai kepada kami, padahal kami ingin (dengan sepenuh-penuh harapan), supaya Tuhan kami memasukkan kami (ke dalam Syurga) bersama-sama orang-orang yang soleh..."

"...And why should we not believe in Allah and what has come to us of the truth? And we aspire that our Lord will admit us [to Paradise] with the righteous people..."

(Surah Al-Ma'idah: 84)

Ayat dalam Surah Al-Ma'idah (The Food) ini menyentuh hati Dr. Miller kerana dia merupakan seorang Kristian tetapi apabila dia mengetahui kebenaran, dia beriman dan memeluk agama Islam lalu menjadi tumpuan. Semoga Allah merahmati beliau.

Dr. Miller berkata tentang gaya unik Al-Quran yang dia dapati adalah sangat indah. Tidak syak lagi ada sesuatu yang unik lagi mengagumkan di dalam Al-Quran yang tidak wujud di mana-mana sahaja kerana Al-Quran memberikan anda maklumat khusus dan memberitahu anda bahawa ada sesuatu yang tidak anda ketahui. Sebagai contoh:

"...(Peristiwa) yang demikian ialah sebahagian dari berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan qalam masing-masing (untuk mengundi) siapakah di antara mereka yang akan memelihara Maryam. Dan engkau juga (wahai Muhammad) tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi (tentang perkara menjaga dan memelihara Maryam)..."

"...That is from the news of the unseen which We reveal to you, [O Muhammad]. And you were not with them when they cast their pens as to which of them should be responsible for Mary. Nor were you with them when they disputed..."

(surah Ali-'Imran: 44)

"...(Kisah Nabi Nuh) itu adalah dari perkara-perkara yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), yang engkau dan kaum engkau tidak mengetahuinya sebelum ini. Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertaqwa..."

"...That is from the news of the unseen which We reveal to you, [O Muhammad]. You knew it not, neither you nor your people, before this. So be patient; indeed, the [best] outcome is for the righteous..."

(Surah Hud: 49)

"...(Kisah Nabi Yusuf) yang demikian ialah dari berita- berita yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka semasa mereka mengambil keputusan (hendak membuang Yusuf ke dalam perigi), dan semasa mereka menjalankan rancangan jahat (terhadapnya untuk membinasakannya)..."

"...That is from the news of the unseen which We reveal, [O Muhammad], to you. And you were not with them when they put together their plan while they conspired..."

(Surah Yusuf: 102)

Dr. Miller meneruskan: "Tidak ada kitab suci lain yang menggunakan kaedah ini, semua kitab-kitab yang lain terdiri daripada maklumat yang memberitahu anda di mana maklumat ini datang. Sebagai contoh, apabila Bible menceritakan kisah-kisah daripada negara-negara purba, Ia memberitahu anda bahawa raja ini tinggal di tempat ini dan seorang pemimpin yang berjuang dalam peperangan itu dan bahawa orang tertentu mempunyai beberapa kanak-kanak dan nama-nama mereka. Tetapi buku ini (Bible) sentiasa memberitahu anda bahawa jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, anda boleh membaca buku tertentu kerana maklumat itu datang dari buku tersebut."

Dr. Garry Miller meneruskan: "Ini adalah bertentangan dengan Al-Quran yang memberi anda maklumat dan memberitahu anda bahawa ia adalah baru! Dan apa yang menakjubkan adalah orang-orang Mekah pada masa itu tidak pernah mendengar ayat-ayat ini dan ia menjadi cabaran bahawa isi di dalam ayat-ayat ini baru dan tidak diketahui oleh Muhammad (S.A.W) atau oleh orang-orang cerdik pandai ketika itu dan walaupun demikian, mereka tidak pernah berkata:

“Kita tahu ini dan ia bukanlah sesuatu yang baru".

Dan mereka tidak mengatakan: "Kita tahu dari mana Muhammad datang dengan ayat-ayat ini”.

Ini tidak pernah berlaku, tetapi apa yang berlaku adalah tiada siapa yang berani untuk mengatakan bahawa baginda telah berbohong kepada mereka kerana mereka meyakini ini ialah sesuatu yang baru, tidak datang dari minda manusia tetapi dari Allah yang Maha Mengetahui perkara-perkara ghaib pada masa lalu, masa kini dan masa depan.

Download Dr Gary Miller (Now Dr Abdul Ahad) work "The Amazing Quran" dari link ini:

Boleh baca dengan lebih lanjut ataupun dengarkan kuliahnya di http://www.discoveringislam.org/dr_gary_miller.htm