Minyak Lidah Buaya


Bagi wanita, rambut adalah mahkota yang perlu dijaga kecantikannya. Pelbagai cara memanjangkan rambut dapat dipraktikkan untuk mendapatkan rambut yang panjang dan cantik samada secara moden ataupun tradisional. Salah satu kaedah yang kerap digunakan dan dipilih adalah hair extension. Untuk mendapatkannya, wanita harus pergi ke salon atau pusat rawatan rambut yang menyediakan perkhidmatan hair extension.

Namun, kos yang akan dikeluarkan boleh mencapai ribuan ringgit. Belum lagi rawatan susulan yang memakan kos tidak kurang banyaknya. Sebab, hasil yang diperolehi tidak semulajadi sehingga memerlukan rawatan tambahan di salon kecantikan. Namun, tahukah anda jika ada cara semulajadi untuk memanjangkan rambut? Jawapannya adalah dengan Back To Nature. Selain tanpa kesan sampingan, cara ini dapat membuat rambut panjang dan sihat.

Memanjangkan Rambut dengan Lidah Buaya

Lidah Buaya atau nama saintifiknya Aloe Vera Linn dikenali juga dengan nama lily of the desert, plant of immortality atau tumbuhan berubat. Nama Aloe berasal dari perkataan arab (alloeh) yang bermaksud pahit. Pada tahun 1500 sebelum Masehi, orang-orang Mesir telah mula menggunakan Aloe Vera untuk mengubat kelecuran akibat terbakar, jangkitan kuman dan serangan parasit.

Ia adalah salah satu tumbuhan antara 250 spesis Aloe serata dunia. Aloe adalah tumbuhan asli kepada timur, selatan dan utara Afrika serta Madagascar dan telah diperkenalkan ke Hindia Barat dan negara-negara tropika yang lain yang mana ia tumbuh liar. Ia juga telah membiak dengan baik di lembangan Mediterranean dengan merentasi Algeria, Morocco, Tunisia serta kepulauan Canary dan Madeira. Lidah buaya telah digunakan sebagai ubatan tradisional untuk melegakan luka, ruam, demam, gatal-gatal, kulit dan banyak lagi. Selain itu, pokok herba ini juga sangat popular dalam industri kosmetik dan produk kesihatan. Walaubagaimanapun ia masih kurang ditanam secara komersial di Malaysia.


Cara memanjangkan rambut dengan lidah buaya sangat mudah. Patahkan sebatang lidah buaya dan bersihkan duri di hujungnya. Belah dan torehkan lendirnya ke seluruh kulit kepala secara merata. Sapukan juga di seluruh bahagian batang rambut. Biarkan selama setengah jam sambil diurut-urutkan dengan lembut. Kemudian, bilas rambut sehingga bersih dan cuci seperti biasa. Lakukan langkah ini dengan teratur sebanyak tiga kali seminggu atau sebelum bersyampu.