Minyak Daun Pudina


Daun pudina atau nama saintifiknya Mentha Piperita merupakan sejenis tumbuhan herba yang banyak kegunaannya. Tumbuhan yang sebahagian besarnya ditanam di Eropah ini merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae dan ia tergolong dalam spesies Mentha. Terdapat berbagai jenis daun pudina di seluruh dunia, antaranya:

1) mentha spicata "moroc-can" yang berkesan dalam meredakan kekejangan otot
2) mentha aquatica untuk merawat cirit-birit
3) mentha arvensis yang boleh menghilangkan rasa loya.

Daun pudina bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan *flatulens. Ia juga bersifat anti-septik, anti-parasit dan anti-virus. Memakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.

Minyak yang diperbuat daripada daun pudina amat membantu kepada mereka yang menderita pelbagai penyakit penafasan seperti selesema, hidung berair, masalah paru paru dan sebagainya. Ia menjadi ramuan utama kepada ubat gosok dada dan minyak urut untuk melegakan simptom batuk berkahak dan batuk kering.

Minyak daun pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat sakit kepala, tekanan, mood tak stabil, ketidakseimbangan emosi dan sakit-sakit badan. 

Ekstrak daun pudina digunakan dalam pembuatan ubat gigi mampu menyegarkan nafas. 

Jus daun ini segar dan boleh ditambah dalam minuman lain dan dijadikan perisa ais krim. Daun yang segar ini juga enak dimakan mentah sebagai ulam-ulaman atau bersama sambal belacan dan nasi putih. Pasti membangkitkan selera. 

Teh pudina menenangkan otot perut, melegakan kesakitan perut, menambah baik sistem penghadaman dan memudahkan perjalanan makanan dalam saluran usus. Teh herba pudina baik untuk kesihatan sindrom gangguan perut. Pudina adalah penyelesaian terbaik untuk masalah kembung, pencernaan, melegakan kekejangan dibahagian peranakan dan senggugut. Dengan ini, ia dapat membantu kitaran haid.

Teh pudina adalah diantara rawatan yang amat berkesan merawat masalah nafas berbau.


Kajian sudah banyak dilakukan yang membuktikan bahawa herba ini boleh membantu untuk memperbaiki pelbagai keadaan kesihatan. Daun pudina diketahui mempunyai sifat *analgesik, *anestetik, *dekongestan, *astringen, anti-bakteria, *anti-mikrob, *anti-spasmodik, anti-barah dan dapat menghalang pembentukan fungsi tumor.

Oleh kerana itu, ia dikatakan bermanfaat mengubati berbagai macam keadaan termasuk jerawat, gatal-gatal, alahan kulit, kelemumur dan kulit berminyak.

Siapa sangka daun bergerigi dan berbau segar apabila dikunyah ini mempunyai manfaat yang besar mengubati beberapa jenis penyakit ringan. 

*flatulens -  merupakan kehadiran sebatian gas dalam saluran pencernaan mamalia yang merupakan hasil sampingan proses pencernaan.

*analgesik - istilah yang digunakan untuk mewakili kumpulan dadah yang digunakan sebagai penahan sakit.

*anestetik - bahan / ubat-ubatan yang digunakan untuk menghentikan rasa sakit, atau ia boleh digunakan kepada pesakit supaya tidur semasa pembedahan.

*dekongestan - sejenis dadah farmaseutikal yang digunakan untuk melegakan hidung tersumbat dalam saluran pernafasan atas.

*astringen - sebatian yang cenderung untuk mengecut tisu badan seperti jerawat.

*anti-microb - ejen yang membunuh mikroorganisma atau menghalang pertumbuhannya.

*anti-spasmodik - ubat atau herba yang menekan kekejangan otot.