Tips Menghalau Cicak Dari Rumah


Kenapa ada cicak di rumah? Sebenarnya kita kena soal diri kita sendiri sebab kita sudah pun tahu jawapannya. Kami tolong sikit-sikit kalau ada yang tidak pasti. MAKANAN CICAK IALAH SERANGGA. Lagi banyak serangga lagi banyak cicak. Sikit serangga sikit cicak. Di sini terdapat tips berkesan membendung masalah cicak di rumah anda:

TIP (1) - Kalau nak hapuskan cicak, hapuskan serangga dulu. Cicak akan lari ke tempat lain sebab takda makanan kat rumah kita.
Kenapa ada serangga di rumah? Soalan ini juga boleh dijawab senang oleh kita sendiri. Dari sampah, saki-baki makanan yang tidak dibersihkan, lantai kotor, makanan mentah tidak ditutup rapi, sarang serangga, rumah kita laluan serangga seperti dahan pokok dari pohon rimbun, tempat lembab dan sebagainya. Makanan favourite cicak ialah SEMUT, ANAI-ANAI dan LIPAS.

TIP (2) - Cicak tidak suka dengan campuran air dan lada merah. Dia tak tahan pijau. Lari....!!!
Tumbuk 2 biji lada merah atau 4-5 cili padi & bancuh dengan air. Masuk dalam botol spray. Spray kat tempat mana banyak semut atau selalu nampak cicak dok ber-discussion dalam group atau menyorok. JAUHI DARI KANAK-KANAK. Jangan ter-spray mata sendiri atau terhidu air spray. BAHAYA. JANGAN LALAI.

TIP (3) - Cicak tak suka dengan kulit telur ayam. Dia allergy dengan mineral kulit telur.
Basuh dan keringkan dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil jadi saiz duit 5 sen atau 10 sen. Lekatkan rapat-rapat pada cardboard dengan gam. Letak kat mana-mana yang nak elak cicak berkunjung. JAUHI DARI KANAK-KANAK. Kulit telur jika termakan boleh tercekik. BAHAYA. JANGAN LALAI.

TIP (4) - Cicak tak suka pada serbuk boric acid. Dia mati tergolek kalau degil dan lalu jugak.
Kebersihan halaman rumah juga boleh mengurangkan cicak dari masuk ke dalam rumah. Laluan terbaik cicak-cicak ini ialah melompat dari daun ke atas bumbung dan seterusnya melalui tingkap atau bawah pintu balcony. Cicak suka menyorok di bawah daun dan pada dahan-dahan pokok. Perlu pendekkan rumput, daun-daun  & dahan-dahan pokok. Selepas menebas, taburkan serbok boric acid di kawasan yang rimbun menghala ke rumah. JAUHI DARI KANAK-KANAK. BAHAYA. JANGAN LALAI.

TIP (5) - Cicak takut dengan kucing. Kucing biasanya bermain-main dengan cicak dan menjadi makanan side dish-nya.
Kalau larat jaga kucing adalah satu kelebihan. AMARAN: Pastikan kucing selalu bersih dari kutu. Kutu boleh beranak-pinak sekejapan setelah hisap darah. Jika kutu kucing tersebut berasal dari kutu anjing, lagilah risiko tinggi menjadi sarang kutu di dalam rumah. PENAT berminggu-minggu nak hapuskan kutu pulak. Sendiri fikir dan buat keputusan.

Akhir kata:
Kurang dan banyaknya cicak di rumah berkait rapat dengan kurang atau banyaknya serangga di rumah. Kurang atau banyaknya serangga di rumah, berkait rapat dengan sikap penghuni terhadap kebersihan rumah dan halamannya. Orang-orang yang beriman suka menjaga kebersihan kerana kebersihan itu sebahagian daripada iman. Wassalam.